Tampilkan postingan dengan label pir buah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pir buah. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 Maret 2009

Khasiat Buah Apel Dan Buah Pir

0 komentar
Bookmark and Share
Apel dan pir adalah buah-buahan umum yang sering dianggap remeh ketika kita mencari rasa baru yang eksotis. Sesungguhnya, apel dan pir dipenuhi dengan vitamin dan mineral penting serta mempunyai efek antioksidan yang bermanfaat.
Selain membersihkan tubuh dari racun, apel dan pir juga memperkuat sistem kekebalan dengan cara membantu menahan infeksi.
Apel dan pir berisi pectin, serat yang dapat larut dan mendorong gerak peristaltic (kontraksi otot pada usus), sehingga membantu menjaga kesehatan usus besar.
Apel dan pir mempunyai kemampuan laksatif (mencuci perut) dan diuretic (mendorong produksi air seni).
Apel dapat mengurangi kolesterol dan meredakan berbagai bentuk radang, khususnya encok, serta radang akibat infeksi saluran pernapasan.
Apel mengandung enzim yang membantu proses pencernaan.

Khasiat :
1. Menurunkan kolesterol
2. Membersihkan sistem pencernaan
3. Memberikan banyak vitamin dan mineral, khususnya beta-karoten, vitamin C, asam folat, kalsium, magnesium, yodium, fosfor, dan potasium
4. Merangsang fungsi kelenjar tiroid (khusus buah pir)
5. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
6. Mengurangi radang
7. Meningkatkan tenaga



Baca Selanjutnya..

Khasiat Buah Pir

0 komentar
Bookmark and Share
HAMPIR semua orang tahu dan kenal buah pir hanya sebagai makanan 'pencuci mulut'.

Mungkin lebih daripada itu, ia hanya dianggap sebagai makanan pembekal serat.

Kajian-kajian yang dijalankan kebelakangan ini menunjukkan bahawa buah pir sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Daripada segi serat, pir didapati mempunyai lebih banyak serat berbanding buah epal dan pisang.

Setiap buah pir saiz sederhana (100 gram) mengandungi 4.8 gram serat sementara buah epal seberat 80 gram mengandungi 3.5 gram serat.

Sebiji pisang seberat 105 gram pula mengandungi 2.4 gram serat saja.

Oleh itu, buah pir dikatakan antara makanan yang sangat digalakkan kita memakannya untuk melindungi diri daripada barah.

Memakan buah pir juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung kerana pir antara buah yang hampir tiada lemak, lantas tiada kolesterol.

Hampir separuh daripada kandungan serat di dalam buah pir, terdiri daripada bahan pektin dan sesetengah kajian mendapati bahawa pektin boleh mengurangkan risiko kolesterol serum di dalam darah.

Mereka yang menghidap kencing manis memang harus mengelakkan makanan yang tinggi kandungan gulanya. Namun mereka digalakkan makan buah-buahan segar seperti buah pir untuk memenuhi keinginan mereka terhadap makanan yang manis.

Pesakit kencing manis seperti orang lain juga harus makan sekurang-kurangnya empat hingga lima sajian buah dan sayur-sayuran setiap hari.

Oleh sebab buah-buahan segar mengandungi lebih banyak serat berbanding dengan jusnya, maka setiap orang digalakkan makan buah segar, termasuk mereka yang menghidap kencing manis.

Ini kerana serat yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai peranan penting dalam mengawal kandungan gula di dalam darah.

Memakan buah-buahan segar bersama kulitnya seperti buah pir membantu melambatkan proses tubuh menghasilkan gula daripada karbohidrat.

Sebagaimana buah durian, rambutan dan sebagainya, buah pir juga terdiri daripada beberapa jenis.

Ada pir berwarna merah, ada yang berwarna merah hati, ada juga berwarna coklat dan tidak kurang juga pir yang kulitnya bercapuk-capuk.

Kebanyakan pir yang diimport ke sini berwarna hijau. Buah pir ini juga terdiri daripada beberapa nama mengikut warnanya.

Pir hijau diberi nama Anjou dan musimnya dari September hingga Jun. Ada juga yang diberi nama Red Anjou dan musimnya dari September hingga Mei.

Pir Nelis (kulitnya bercapuk-capuk) mula dituai antara Ogos dengan Disember sementara musim untuk pir Seckel yang berwarna merah hati ialah dari September hingga Februari.

Pir Bartletts hijau dan merah menyala tetapi bentuknya lebih panjang daripda pir Anjou merah. Ia dipetik dari Ogos hingga Disember.


sumber: dapurarang
Baca Selanjutnya..

Followers

 

Khasiat Buah. Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com